>>> selebriti Malaysia yang bertudung


Pemakaian tudung bukanlah suatu trend atau ikutan tetapi ia merupakan satu kewajipan terhadap semua wanita yang mengakui dirinya sebagai Islam. Kewajipan memakai tudung ini adalah sesuatu perkara yang amat ditegaskan di dalam Al-quran dan Hadis. Terdapat pelbagai Hadis yang menggambarkan betapa siksanya mereka wanita yang tidak bertudung apabila tibanya hari perhitungan.
Alhamdulillah, pada hari ini sudah ramai selebriti tanahair kita yang bertudung dan mereka inilah yang telah mencipta satu dimensi baru bagi wanita yang bertudung dalam mengejar kerjaya mereka tanpa mengenepikan syariat Islam.
Di antara wajah-wajah manis ini sebahagiannya dahulu tidak bertudung tetapi hidayah yang datang daripada Allah adalah sesuatu nikmat yang tidak terduga. Seperti Catriona Ross, kerana bosan menunggu kawan-kawannya membeli belah, dia telah mencuba sehelai tudung. Sejak detik itu, hatinya terbuka untuk memakai tudung. Bagi Diana Amir pula, hikmah bermimpi hari kiamat telah membawa seribu rahmat yang menggerakkan hatinya untuk berhijrah. Lain pula ceritanya dengan Irma Hasmie. Kepulangannya selepas menunaikan umrah telah memberi satu nafas baru terhadap penampilannya yang cukup manis dan jelita.  


Semoga apa yang kita lihat hari ini akan berterusan dan membuka lebih banyak hati wanita Islam yang lain untuk bertudung.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.